Wednesday, September 09, 2009

BORANG PERMOHONAN ONLINE TG 4 SBP

SILA KLIK UNTUK daftar kemasukan ke sekolah berasrama penuh, MRSM , sains , kluster.

A. PANDUAN AM
1. Sila isi semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
2. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon.
3. Setiap borang permohonan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua untuk disahkan.
4. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.


B. PANDUAN KHUSUS
MAKLUMAT 1-5 AKAN DIPAPARKAN BERDASARKAN DATA DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.

1. NAMA PEMOHON
2. NO. KAD PENGENALAN
3. ANGKA GILIRAN
4. JANTINA
5. KOD DAN NAMA SEKOLAH

6. PILIHAN ALIRAN - Sila Nyatakan Pilihan Aliran Pemohon

Aliran Pakej Mata Pelajaran
Sains Tulen :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, EST (pilihan)
Sains Tulen (Agama ):
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pengajian Syariah.

Agama :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains,Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Sains Teknikal :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia,
Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, EST (pilihan).

6.1 SILA NYATAKAN PERSETUJUAN UNTUK DITAWARKAN KE ALIRAN SELAIN ALIRAN PILIHAN.

7. KEWARGANEGARAAN
Sila nyatakan Taraf Warganegara pemohon dengan menandakan ruang berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Warganegara
Penduduk Tetap
Sementara
Bukan Warganegara

8. AGAMA
Sila nyatakan Agama anutan pemohon dengan menandakan ruang berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Islam
Buddha
Hindu
Kristian
Lain-lain

9. KETURUNAN
Sila nyatakan Keturunan pemohon dengan menandakan ruang berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Melayu
Cina
India
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli / Penan
Lain-lain

10. KEGIATAN KO-KURIKULUM
Sila nyatakan pencapaian dan penglibatan tertinggi berkaitan mengikut aspek-aspek berikut:

a. Kelab Dan Persatuan
Jawatan Yang Disandang
Pengerusi/Naib Pengerusi

Setiausaha/Bendahari

Ahli Jawatankuasa

Ahli Biasa

Tiada


b. Nama Kelab Dan Persatuan
Sila nyatakan nama Kelab atau Persatuan bagi jawatan yang disandang

c. Pasukan Unit Beruniform
Jawatan Yang Disandang
Pengerusi / Pegawai Waran / Pegawai Kadet / Sub Inspektor / Pegawai Muda / Ketua Puteri

Timbalan Pengerusi / Setiausaha / Bendahari /Staf Sarjan / Ketua Kadet / Ketua Kumpulan / Ketua Utama Seksyen

Ahli Jawatankuasa/ Ketua Platun / Ketua Patrol / Ketua Seksyen / Percussion Leader

Ahli Biasa

Tiada


d. Nama Pasukan Unit Beruniform
Sila nyatakan nama Pasukan Unit Beruniform bagi jawatan yang disandang

e. Sukan Dan Permainan
Nyatakan Pencapaian Tertinggi
Mewakili Negara

Mewakili Negeri

Mewakili Daerah / Bahagian / Zon

Mewakili Sekolah

Mewakili Rumah

Tiada


f. Nama Jenis Sukan Dan Permainan
Sila nyatakan nama jenis sukan dan permainan peringkat tertinggi yang diperolehi.

g. Tugas-tugas Khas
Jawatan Yang Disandang
Ketua Pengawas/Penolong Ketua Pengawas

Pengawas/ Ketua Darjah

Pengawas Pusat Sumber

Lain-lain

Tiada


11. PEKERJAAN BAPA ATAU PENJAGA
Sila nyatakan jenis pekerjaan bapa/penjaga pemohon dengan menandakan ruangan berdasarkan keterangan di bawah:

Keterangan
Petani/Nelayan/Penoreh Getah
Pesara/Surirumah
Kakitangan Awam (Bukan Guru/Warga Pendidikan)
Guru/Warga Pendidikan
Kakitangan Swasta
Berniaga/Ahli Perniagaan/Bekerja Sendiri
Tiada

12. PEKERJAAN IBU
Sila nyatakan jenis pekerjaan ibu pemohon dengan menandakan ruangan berdasarkan keterangan di bawah:

Keterangan
Petani/Nelayan/Penoreh Getah
Pesara/Surirumah
Kakitangan Awam (Bukan Guru/Warga Pendidikan)
Guru/Warga Pendidikan
Kakitangan Swasta
Berniaga/Ahli Perniagaan/Bekerja Sendiri
Tiada

13. PENDAPATAN BULANAN BAPA/PENJAGA
Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan bapa atau penjaga pemohon dengan mengisi dan menandakan ruangan berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
14. PENDAPATAN BULANAN IBU
Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan ibu pemohon dengan mengisi dan menandakan ruangan berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
15. BILANGAN TANGGUNGAN
Sila nyatakan bilangan anak di bawah tanggungan ibu/bapa/penjaga pemohon dengan menandakan ruangan yang berkaitan.

Keterangan
Seorang
Dua Orang
Tiga Orang
Empat Orang
Lima Orang
Enam Orang atau lebih

16. (a) dan (b) ALAMAT SURAT MENYURAT
Isikan ruangan yang diberikan dengan alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.
Perhatian: Sila gunakan singkatan yang mudah difahami jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

Isikan alamat anda dalam ruang disediakan:
Contoh:Jika alamat anda ialah 'No. 191 TAMAN KOTA IDAMAN, JALAN DAMANSARA, 60405 KUALA LUMPUR', isikan:
ALAMAT POS

NO 191,
TAMAN KOTA IDAMAN
JALAN DAMANSARA
POSKOD : 60405
BANDAR : KUALA LUMPUR

BANDAR
Isikan ruangan yang disediakan dengan nama bandar tempat murid ini tinggal.
POSKOD
Isikan ruangan poskod dengan betul.
PILIH NEGERI TEMPAT TINGGAL PEMOHON.
NOMBOR TELEFON
Isikan ruangan ini jika berkenaan.

No comments:

Post a Comment