Tuesday, July 28, 2009

BERDEBAR

Syukur alhamdulillah, sudah selesai proses pemantauan oleh panel hakim, walaupun ada sedikit kelemahan dan kecacatan, kami yakin akan tetap akan menang nanti. Berdoalah semua agar kemenangan milik kita.

Friday, July 24, 2009

ALBUM

MENARIK

LAWATAN VIP




PENGARAH


MAJLIS PERASMIAN

AKTIVITI


Kajian Tindakan


Urine test

Thursday, July 23, 2009

Binaan Kreatif


Gua


Air terjun tepi gua


Tugu Kejayaan


Tak Nakkk..

SUDUT-SUDUT BILIK PPDa


Laluan hitam putih





KAJI SELIDIK FAKTOR PELAJAR MEROKOK.

KAJI SELIDIK FAKTOR PELAJAR MEROKOK.

PENGENALAN.
Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh ditafsir dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan social, persekitaran, risiko kebergantungan , risiko kesihatan dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat samaada di kampung , Bandar dan sebagainya. Dari aspek sosiobudaya, masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya di kalangan orang lelaki.
Terdapat remaja lingkungan belasan tahun yang tidak segan silu merokok secara terbuka di tempat awam. Fenomena ini biasa kita lihat dalam pelbagai situasi dan sesetengahnya lengkap berpakaian sekolah. Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah remaja daripada terjebat ke dalam tabiat merokok.Kempen ini dijalankan samaada melalui media cetak, media elektronik serta penyebaran poster. Ini menunjukkan seriusnya masalah merokok di kalangan remaja sekarang.Remaja juga merokok tanpa menghiraukan papan tanda larangan merokok samaada di institusi pengajian atau ditempat awam. Tabiat ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja yang sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang.
Faktor umur turut mempengaruhi pandangan mereka terhadap tabiat merokok.Bagi remaja, kemungkinan mereka merokok sekadar untuk berseronok sahaja tanpa memikirkan kesan buruk akibat tabiat merokok.Manakala orang dewasa merokok mungkin di sebabkan factor kebergantungan atau ketagihan.Mereka sedar tentang masalah yang sedang dan bakal di hadapi tetapi terpaksa meneruskan tabiat tersebut dengan pelbagai alas an.

PERMASALAHAN MEROKOK DI KALANGAN REMAJA.

Tabiat merokok dikalangan remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan.Ini jelas daripada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti Merokok (2001), yang menunjukan 20% perokok terdiri dikalangan remaja. Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa dianggarkan seramai 50 – 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari.
Menurut Ahmad (2004), pihak kerajaan pada tahun 2003 yakni sejak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepimpinan negara,beliau telah bersungguh-sungguh melaksanakan kempen anti merokok di setiap jabatan, daerah, kampung dan sekolah. Yang menariknya dalam kempen beliau itu, golongan yang menjadi sasaran utama ialah remaja yang berumur 13 sehingga 21 tahun. Ini kerana kerajaan sedar bahawa golongan yang tinggi merokok adalah dikalangan remaja.
Disamping itu, kajian ini turut mengambil kira sumbangan tabiat merokok kepada gejala penagihan bahan.Menurut kajian Sabri (2002), didapati keseluruhan penagih dadah terdiri daripada kalangan perokok. Ini disokong oleh kajian Samsuddin dan Herman dalam Modul Kempen Cara Hidup Sihat (2003) yang menyatakan bahawa 99% penagih dadah di pusat serenti mengamalkan tabiat merokok dan 95% penagih dadah yang telah bebas mengamalkan tabiat merokok.
Oleh yang demikian , keadaan ini menimbulkan minat kepada kami unit Bimbingan Dan Kaunseling untuk melakukan kajian terhadap pelajar-pelajar SMK. Beris Panchor yang dikenalpasti mengamalkan tabiat merokok untuk meninjau punca merokok dari aspek hubungan social dan persekitaran.Seramai 50 orang responden terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki yang dikenalpasti sebagai perokok dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dipilih sebagai responden.

ANALISIS DATA.
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu menganalisis data menggunakan kaedah statistic asas kekerapan dan peratus untuk menerangkan jumlah kekerapan setiap ciri pembolehubah.Walaubagaimanapun, dalam kajian ini penyelidik menggunakan statistic asas peratusan.Data-data mengenai persoalan kajian diperolehi melalui kaedah soalselidik.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN.

FAKTOR KELUARGA MEROKOK MENJADI PUNCA PELAJAR-PELAJAR SMK. BERIS PANCHOR MEROKOK.
Dapatan kajian menunjukan 64% dikalangan pelajar yang merokok adalah terdiri daripada ayah yang merokok, dan 68% mempunyai ahli keluarga yang kebanyakannya merokok.Ini menunjukan kepada kita bahawa keluarga merupakan contoh tauladan yang mudah mempengaruhi pelajar.100% daripada respon menyatakan bahawa ibu bapa melarang mereka merokok dan mereka mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat. 72% responden menyatakan mereka mendapat bekalan rokok hasil dari wang saku yang dibekal oleh ibu bapa kesekolah.76% responden menyatakan mereka tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa, ini menunjukan bahawa walaupun mereka suka menghabiskan masa dengan keluarga tapi mereka tidak berkomunikasi secara baik dan fositif.
Hasil kajian ini juga selari dengan pernyataan Mohamad (1987) yang menyatakan bahawa remaja menghadapi tekanan yang kuat untuk mengikut dan meniru orang yang terdekat dengan mereka. Dapatan ini juga selaras dengan kenyataan Zulkarnain (2002) yang mengatakan bahawa insan adalah makhluk Allah yang begitu senang dipengaruhi dengan hakikat atau kenyataan.


FAKTOR RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI TABIAT MEROKOK DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR SMK. Beris Panchor.

Dapatan kajian menunjukkan hanya 4% responden bersetuju menyatakan mereka dipaksa merokok oleh rakan-rakan sementara 96% lagi menyatakan tidak setuju .Ini menunjukan bahawa factor rakan sebaya bukanlah penyebab kepada responden mula merokok .
84% responden menyatakan bahawa kebanyakan rakan-rakan mereka adalah perokok.94% responden menyatakan tidak setuju tak suka berkawan dengan rakan yang merokok, ini bermakna responden suka berkawan dengan rakan perokok.
Dapatan ini disokong oleh Kamarudin (1996) mengatakan remaja lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka.Kajian Sufian (2004) juga menyatakan bahawa merokok boleh di dorong oleh desakan rakan sebaya. Dalam perkumpulan rakan sebaya, seseorang remaja diterima dalam sesuatu perkumpulan sekiranya mereka berani merokok, jika tidak mereka dipulau oleh rakan sebaya.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa factor rakan sebaya menjadi penggalak atau pendorong kepada responden untuk meneruskan tabiat merokok ini terbukti dari data 75% respon menyatakan saya selalu merokok apabila bersama rakan-rakan.65% menyatakan mereka suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan.

74% responden tidak setuju mereka merokok apabila berada dalam keadaan stress, sebaliknya mereka merokok sekadar untuk suka-suka sahaja.50% responden mengatakan mereka seronok dapat merokok setiap hari.98% responden setuju bahawa mereka tahu merokok membahayakan kesihatan dan 88% mengatakan tidak setuju mereka tidak merasakan perbuatan merokok merugikan diri sendiri.

KESIMPULAN.

Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan berbentuk kuantitatif. Manakala instrument yang di gunakan ialah soalselidik bagi mendapatkan data yang telah di analisis oleh penyelidik secara manual. Soalselidik terdiri daripada 2 bahagian.Bahagian A mengandungi soalan-soalan berkaitan keluarga dan bahagian B soalan-soalan berkaitan pengaruh rakan sebaya.Secara keseluruhan dapat dirumuskan bahawa factor keluarga menjadi penyebab responden memulakan tabiat merokok, sementara factor rakan sebaya menjadi pendorong atau pemankin untuk responden meneruskan tabiat ini.
Pendapat ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Manusia itu dilahirkan dengan fitrah (tabiat atau potensi yang baik). Hanya ibu bapanyalah (alam sekitar) menyebabkan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau menjadi Majusi”
Namun begitu , masih terdapat segelintir ibu bapa dan masyarakat yang tidak mengambil berat tentang perlakuan merokok mereka yang akan ditiru oleh remaja. Pendapat ini di sokong olehHelgason (2001) menilai sikap ibu bapa terhadap pendedahan asap rokok(PAR) terhadap anak-anak mereka yang berumur antara 3-5 tahun.Sejumlah 5,500 ibu atau bapa yang merokok telah dipilih secara rawak di beberapa negara iaitu,Sweden,Norway,Denmark, Iceland dan Finland. Kajian mendapati bahawa dua daripada tiga atau 66% orang perokok tidak sedar kesan PAR terhadap kesihatan anak kecil mereka, dan mereka juga tidak sedar bahawa anak-anak mereka mempunyai potensi meniru tabiat merokok.
Sebagai rumusannya masalah merokok dikalangan pelajar-pelajar sekolah tidak sepatutnya dibebani kepada pihak sekolah semata-mata untuk menangani, sebaliknya ibu bapa dan keluarga mereka juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan memberikan sumbangan yang sewajarnya kepada pihak sekolah.


BIL PERNYATAAN TIDAK SETUJU SETUJU
BAHAGIAN A (KELUARGA )
1. Saya suka habiskan masa lapang bersama keluarga 68% 32%
2. Ayah saya adalah seorang perokok. 36% 64%
3. Kebanyakan ahli keluarga saya merokok. 30% 70%
4. Ibu bapa saya tahu saya merokok 46% 54%
5. Ibu bapa saya tidak melarang saya merokok. 100% 0%
6 Saya membeli rokok dengan wang saku sekolah. 28% 72%
7. Hubungan saya dengan keluarga sangat rapat. 12% 86%
8. Kesibukan ibu bapa bekerja tak menghalang kami untuk bersama. 10% 90%
9. Ibu Bapa sering meluangkan waktu apabila saya memerlukan. 14% 86%
10. Ibu bapa sering menasihati dan membberi kasih saying kepada saya.10% 90%
11. Ibu bapa tidak ambil peduli /tahu setiap pergerakan saya. 92% 8%
12 Saya suka berkongsi masalah dengan ibu bapa saya. 76% 24%

BAHAGIAN B (RAKAN SEBAYA)
13 Saya sering menghabiskan masa lapang bersama rakan. 70% 30%
14 Kebanyakan rakan-rakan saya merokok. 16% 84%
15 Saya mula merokok kerana ajakan kawan. 68% 32%
16 Apabila bersama rakan-rakan, mereka mengajak saya merokok. 48% 42%
17 Saya dipaksa merokok oleh rakan-rakan saya. 96% 4%
18 Saya selalu merokok apabila bersama rakan-rakan 24% 72%
19 Saya tak suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok. 94% 6%
20 Saya akan menegur/menasihati rakan saya yang merokok. 84% 16%
21 Saya suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan. 40% 60%
22 Saya berasa seronok apabila berkumpul dengan rakan-rakan. 24% 66%
23. Saya pernah mencuba-cuba untuk merokok. 72% 28%
24. Saya merokok sekadar untuk suka-suka sahaja. 54% 56%
25 Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress 74% 26%
26 Saya seronok dapat merokok setiap hari. 50% 50%
27 Saya menggunakan duit simpanan /sekolah saya untuk membeli rokok.26% 74%
28 Saya tahu merokok membahayakan kesihatan saya. 2% 98%
29 Saya berasa seronok apabila merokok. 70% 30%
30 Saya tidak merasakan perbuatan merokok merugikan diri sendiri. 88% 12%

PERSIAPAN BILIK PPDa


Papan info dipamerkan menjadi tatapan pelajar


Pandangan Gua dari bilik PPDa, Cikgu Bahar sedang memberi sentuhan terakhir


Guru dan pelajar berganding bahu


Pondok PPDa juga digunakan untuk P&P


Papan tanda arak ke bilik PPDa dinaikkan


Pelajar sedang menjahit baju patung

Video Dadah


Montage Kempen Anti Dadah Pemadam - A funny movie is a click away

Wednesday, July 22, 2009

Laman PPDa

Laman PPDa yang sangat menarik, menggamit orang ramai datang untuk melawat dan mendapatkan maklumat yang berguna

Laluan Motivasi


Laluan ini dihiasi dengan papan tanda yang bertulis motivasi kepada pelajar

Hiasan bermesej

Ruang bawah tangga, dilukiskan dan diconteng bagi mewujudkan susana tempat penagih melepak atau melepaskan gian

Antara aktiviti

Projek Besar, membina gua laluan, didalamnya akan dihiasi dengan pelbagai nasihat untuk pelajar

PPDa SPANCHOR MEWAKILI KELANTAN

27 hb Julai 2009 adalah penentuan, samada S'PANCHOR akan melakar sejarah sebagai juara kebangsaan 2009. Segala persiapan telah dijalankan bagi menambah baik dari pelbagai segi segala kelemahan selepas diumumkan sebagai juara negeri Kelantan. Pihak AJK PPDa SPANCHOR berazam akan merebut peluang keemasan ini untuk mengharumkan nama SPANCHOR di peringkat kebangsaan. Pelabagai aktiviti telah dijalankan, masa dan tenaga disumbangkan oleh semua pihak bagi merealisasikan apa yang diidamkan selama ini. Insyallah SPANCHOR akan juara.

BILIK PPDa


Barisan penggerak utama PPDa S'panchor 2009

BILIK SUMBER PPDa S'PANCHOR

OBJEKTIF
•Meningkatkan pengetahuan,kefahaman,kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada pelajar, guru -dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
•Membangunkan modal insan yangmemiliki ketahanan dan jati diri yangtinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal/emosi, mental dan rohani.
•Menyediakan alternatif yang berfaedahsupaya dapat menyekat pelajar sekolahdaripada terlibat dengan dadah.
•Membentuk budaya sihat, tingkahlakupositif dan amalan nilai-nilai murni dikalangan pelajar sekolah.
•Melibat dan mewujudkan permuafakatanmasyarakat sekolah dengan masyarakatluar sekolah dalam usaha mencegah dadah.


KUMPULAN SASAR

•Murid
•Guru
•Kakitangan pendidikan
•Ibu bapa / penjaga


STRATEGI

•Pencegahan
•Bimbingan dan Pemulihan
•Pembangunan dan Kemajuan SumberTenaga Manusia
•Penerbitan dan Publisiti
•Penyelidikan dan Penilaian
•Permuafakatan / Penyelarasan

LOKASI BILIK PPDa
Lokasi bilik yang strategik
• Lokasi yang memberi gambaran awal tentang kewujudan bilik sumber PPDa
• Ada "signage “tanda arah
• Menarik minat pengunjung.
• Boleh rujuk rekod lawatan pengunjung.

Mudah dikunjungi
• Tidak dikunci setiap masa
• Mudah dikunjungi oleh semua pihak
• Tidak mempunyai halangan fizikal ke bilik sumber PPDa


SUSUN ATUR
Bilik mempunyai konsep yang menarik
• Wujud konsep dalam pembangunan bilik sumber
• Konsep yang jelas.
• Konsep yang menambahkan kefahaman pengunjung.

Susun atur perabut
• Perabut disusun dengan rapi, kemas dan teratur.
• Serkulasi ruang yang baik
• Penggunaan perabut yang optima.
• Perabut dicat (tidak usang)
Susun atur bahan
• Kombinasi bahan secara kreatif dan menarik
• Susunan yang menarik
• Tidak keterlaluan sehingga menenggelamkan mesej.
• Susunan / hiasan berinformasi.

Pencahayaan dan pengudaraan
• Bilik mempunyai cahaya yang mencukupi
• Serkulasi ruang yang baik dan boleh dikunjungi oleh ramai murid dalam satu-satu masa.
• Peredaran udara yang baik dan tidak melemaskan pengunjung


Keselamatan
• Tiada bahan / barang yang membahayakan
• Tiada barang yang tidak diperlukan
• Peralatan / fizikal yang berkeadaan baik


Kebersihan bilik
• Lantai, dinding, cermin sentiasa bersih
• Mempunyai jadual bertugas menjaga kebersihan.



Kebersihan luar biiik
• Kebersihan luar bilik dijaga.
• Hiasan dan kebersihan luar bilik merupakan sebahagian daripada tugas.