Friday, September 18, 2009

SUMBANGAN HARI RAYA








BERBUKA PUASA DI ASRAMA

Majlis Khatam alQuran dan berbuka puasa telah diadakan pada 15hb sept 2009, jemputan khas PPD En Ab Aziz.

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA Tanpa dadah

BEBERAPA IKLAN YANG BOLEH DIAMBIL PENGAJARAN













Monday, September 14, 2009

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TG 4 MRSM 2010

KLIK LAMAN WEB MAJLIS AMANAH RAKYAT
(Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah)
PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA
TINGKATAN EMPAT TAHUN 2010
SEMENANJUNG MALAYSIA
Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan tiga warganegara Malaysia yang layak
untuk kemasukan ke MRSM tingkatan empat tahun 2010.
A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM :
1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains)dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2009.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)
2009.
B. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) :
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2009.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
online.
NOTA :
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
C. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE :
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera
(tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung
Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon
dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 di Sekolah Menengah
Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan
Sains.
D. CARA MEMOHON KATALALUAN :
1. Pemohon boleh mendapatkan katalaluan (secara percuma) di semua Pejabat MARA Negeri,
Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009.Pemohon boleh mengisi borang permohonan online mulai tarikh tersebut.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan PercubaanPMR 2009, yang disahkan benar, semasa mendapatkan katalaluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan
online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di
bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
1. Borang permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya
pada 25 Oktober 2009.
2. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2010. Sekiranya
pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2010 permohonan anda
dianggap tidak berjaya.
CAWANGAN HAL EHWAL PELAJAR
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH)
MARA.

Wednesday, September 09, 2009

TELAH BERJAYA TANPA DADAH


Ayahnda Tuan pengetua menerima penghargaan daripada DYMM Raja Perempuan Kelantan kearana kecemerlangan SMBP.



Usaha yang berterusan tanpa jemu serta tanpa dadah telah terbukti membawa kejayaan kepada mereka , tahniah..

BORANG PERMOHONAN ONLINE TG 4 SBP

SILA KLIK UNTUK daftar kemasukan ke sekolah berasrama penuh, MRSM , sains , kluster.

A. PANDUAN AM
1. Sila isi semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
2. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon.
3. Setiap borang permohonan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua untuk disahkan.
4. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.


B. PANDUAN KHUSUS
MAKLUMAT 1-5 AKAN DIPAPARKAN BERDASARKAN DATA DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.

1. NAMA PEMOHON
2. NO. KAD PENGENALAN
3. ANGKA GILIRAN
4. JANTINA
5. KOD DAN NAMA SEKOLAH

6. PILIHAN ALIRAN - Sila Nyatakan Pilihan Aliran Pemohon

Aliran Pakej Mata Pelajaran
Sains Tulen :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, EST (pilihan)
Sains Tulen (Agama ):
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pengajian Syariah.

Agama :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains,Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Sains Teknikal :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia,
Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, EST (pilihan).

6.1 SILA NYATAKAN PERSETUJUAN UNTUK DITAWARKAN KE ALIRAN SELAIN ALIRAN PILIHAN.

7. KEWARGANEGARAAN
Sila nyatakan Taraf Warganegara pemohon dengan menandakan ruang berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Warganegara
Penduduk Tetap
Sementara
Bukan Warganegara

8. AGAMA
Sila nyatakan Agama anutan pemohon dengan menandakan ruang berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Islam
Buddha
Hindu
Kristian
Lain-lain

9. KETURUNAN
Sila nyatakan Keturunan pemohon dengan menandakan ruang berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.

Keterangan
Melayu
Cina
India
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Orang Asli / Penan
Lain-lain

10. KEGIATAN KO-KURIKULUM
Sila nyatakan pencapaian dan penglibatan tertinggi berkaitan mengikut aspek-aspek berikut:

a. Kelab Dan Persatuan
Jawatan Yang Disandang
Pengerusi/Naib Pengerusi

Setiausaha/Bendahari

Ahli Jawatankuasa

Ahli Biasa

Tiada


b. Nama Kelab Dan Persatuan
Sila nyatakan nama Kelab atau Persatuan bagi jawatan yang disandang

c. Pasukan Unit Beruniform
Jawatan Yang Disandang
Pengerusi / Pegawai Waran / Pegawai Kadet / Sub Inspektor / Pegawai Muda / Ketua Puteri

Timbalan Pengerusi / Setiausaha / Bendahari /Staf Sarjan / Ketua Kadet / Ketua Kumpulan / Ketua Utama Seksyen

Ahli Jawatankuasa/ Ketua Platun / Ketua Patrol / Ketua Seksyen / Percussion Leader

Ahli Biasa

Tiada


d. Nama Pasukan Unit Beruniform
Sila nyatakan nama Pasukan Unit Beruniform bagi jawatan yang disandang

e. Sukan Dan Permainan
Nyatakan Pencapaian Tertinggi
Mewakili Negara

Mewakili Negeri

Mewakili Daerah / Bahagian / Zon

Mewakili Sekolah

Mewakili Rumah

Tiada


f. Nama Jenis Sukan Dan Permainan
Sila nyatakan nama jenis sukan dan permainan peringkat tertinggi yang diperolehi.

g. Tugas-tugas Khas
Jawatan Yang Disandang
Ketua Pengawas/Penolong Ketua Pengawas

Pengawas/ Ketua Darjah

Pengawas Pusat Sumber

Lain-lain

Tiada


11. PEKERJAAN BAPA ATAU PENJAGA
Sila nyatakan jenis pekerjaan bapa/penjaga pemohon dengan menandakan ruangan berdasarkan keterangan di bawah:

Keterangan
Petani/Nelayan/Penoreh Getah
Pesara/Surirumah
Kakitangan Awam (Bukan Guru/Warga Pendidikan)
Guru/Warga Pendidikan
Kakitangan Swasta
Berniaga/Ahli Perniagaan/Bekerja Sendiri
Tiada

12. PEKERJAAN IBU
Sila nyatakan jenis pekerjaan ibu pemohon dengan menandakan ruangan berdasarkan keterangan di bawah:

Keterangan
Petani/Nelayan/Penoreh Getah
Pesara/Surirumah
Kakitangan Awam (Bukan Guru/Warga Pendidikan)
Guru/Warga Pendidikan
Kakitangan Swasta
Berniaga/Ahli Perniagaan/Bekerja Sendiri
Tiada

13. PENDAPATAN BULANAN BAPA/PENJAGA
Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan bapa atau penjaga pemohon dengan mengisi dan menandakan ruangan berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
14. PENDAPATAN BULANAN IBU
Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan ibu pemohon dengan mengisi dan menandakan ruangan berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
15. BILANGAN TANGGUNGAN
Sila nyatakan bilangan anak di bawah tanggungan ibu/bapa/penjaga pemohon dengan menandakan ruangan yang berkaitan.

Keterangan
Seorang
Dua Orang
Tiga Orang
Empat Orang
Lima Orang
Enam Orang atau lebih

16. (a) dan (b) ALAMAT SURAT MENYURAT
Isikan ruangan yang diberikan dengan alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.
Perhatian: Sila gunakan singkatan yang mudah difahami jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

Isikan alamat anda dalam ruang disediakan:
Contoh:Jika alamat anda ialah 'No. 191 TAMAN KOTA IDAMAN, JALAN DAMANSARA, 60405 KUALA LUMPUR', isikan:
ALAMAT POS

NO 191,
TAMAN KOTA IDAMAN
JALAN DAMANSARA
POSKOD : 60405
BANDAR : KUALA LUMPUR

BANDAR
Isikan ruangan yang disediakan dengan nama bandar tempat murid ini tinggal.
POSKOD
Isikan ruangan poskod dengan betul.
PILIH NEGERI TEMPAT TINGGAL PEMOHON.
NOMBOR TELEFON
Isikan ruangan ini jika berkenaan.