Tuesday, August 26, 2014

SEKOLAH DAN MASYARAKAT BOLEH DATANG MELAWAT....

Bilik PPDa adalah bilik sumber pendidikan... Oleh itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan semua pihak sama ada sekolah atau masyarakat sekitar datang melawat bilik tersebut....Sila hubungi guru yang berkenaan.... SELAMAT DATANG...WELCOME...AHLAN WA SAHLAN...

S'PANCHOR JUARA LAGI

Bilik PPDa S'Panchor sekali lagi mewakili Negeri Kelantan ke Pertandingan Bilik PPDa Peringkat Kebangsaan. Syabas dah tahniah kepada semua pihak. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak. "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT". Terimakasih pihak pentadbir, PIBG, pemimpin masyarakat, staff sekolah dan pekerja swasta...guru dan semua pelajar...

Friday, August 08, 2014

BAHAN BAHAN PAMERAN DALAM BILIK PPDa MEMBERI KEINSAFAN

Bahan-bahan pameran dalam Bilik PPDa Spanchor telah memberi banyak input yang bermakna kepada pelajar. Menurut seorang, pendedahan tentang kesan-kesan buruk penglibatan dengan najis dadah seperti penyakit AIDS, keruntuhan rumahtangga dan kemalangan jalanraya telah memberi banyak keinsafan kepada pelajar.

Thursday, August 07, 2014

MENAGIH DADAH MENEMPAH MAUT

GAMBAR KUBUR

Bilik PPDa MENJADI BILIK SUMBER PENDIDIKAN .... PENCEGAHAN DADAH

GAMBAR....

KIOSK MAT REMPIT

Menarik ! Pameran dalam Bilik PPDa Spanchor...

BILIK PPDa SPANCHOR MENERIMA KUNJUNGAN PELAWAT

Pada 6 Ogos 2014, Bilik PPDa Spanchor telah menerima kunjungan pelawat luar terdiri daripada beberapa orang guru SK Bachok

PPDa SPANCHOR BERSEDIA MENJADI JUARA

Bilik PPDa Spanchor sekali lagi terpilih ke pertandingan Bilik PPDa Peringkat JPN Negeri Kelantan.PPDa Spanchor telah bersedia untuk menjuarai pertandingan tersebut. Semua warga Spanchor, pemimpin dan masyarakat setempat, PIBG terlibat sama menjayakan program ini.

Wednesday, August 06, 2014

MISI PPDa

Melahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah

VISI PPDa

"SEKOLAH BEBAS DADAH" "DADAH MUSUH NO.1 NEGARA"

Tuesday, July 16, 2013

PERCUBAAN SETERUSNYA

Alhamdulillah sekali lagi pada tahun ini Bilik Sumber PPDa SMK Beris Panchor terpilih untuk mewakili negeri kelantan. Semoga pada kali ini akan dapat perbaiki pencapaian berbanding tahun tahun lepas. Setelah pelbagai perubahan telah dibuat diharapkan kali ini kita akan lebih berjaya.

Saturday, April 27, 2013

TAHNIAH

TAHNIAH....Bilik PPDa SMK Beris Panchor telah mendapat tempat ke enam kebangsaan..semoga akan lebih berjaya pada masa depan

Sunday, October 07, 2012

Saturday, October 06, 2012

Semoga Berjaya Kali Ini

Ucapan Tuan Pengetua berkaitan dengan pertandingan bilik PPDa di peringkat kebangsaan 2012.

Thursday, September 20, 2012

SMK Beris Panchor Juara Lagi

Tahniah semua, sekali lagi SMKBP muncul sebagai juara peringkat negeri untuk kategori Bilik PPDa tahun 2012 buat kali kedua selepas tahun 2009 buat kali pertama. Oleh itu SMKBP akan mewakili negeri Kelantan untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Buat masa ini pelbagai persediaan telah dan sedang dilakukan untuk meningkatkan lagi persembahan fizikal dan dokumentasi bagi menepati kriteria item pentaksiaran. Di harapkan kali ini SMKBP akan muncul sebagai Top 3..insyaallah.

Monday, July 02, 2012

MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT DAN BACAAN YAASIN
Assalamualaikum, sudah lama tidak update blog nih, lantaran kesibukan urusan harian, tambahan pula pertandingan tidak dijalankan selama 2 tahun, walaupun aktiviti sentiasa berjalan tiap-tiap tahun, namun laporan bergambar tak sempat di masukkan di sini. Pada tahun ini sekali lagi SMK Beris Pamnchor mewakili jajahan Bachok bertanding peringkat negeri dalam kategori bilik PPDa, insyallah tahun ini akan berjaya lebih baik lagi di peringkat kebangsaan, insyallah. Pada 18 jun 2012, rombongan pemantaun dari JPN kelantan diketuai oleh En Salim telah melawat bilik ppda, dan kemungkinan sekali lagi SMKBP akan menjuarai kategori ini bagi negeri kelantan.

Sunday, August 08, 2010

AMALAN MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KUALITATIF

AMALAN MEROKOK DI KALANGASN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.

Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya. Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya boleh memberi faedah kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan kepada perokok dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan melakukan sesuatu kerja dan sebagainya. Terdapat juga kesan buruk yang diperoleh perokok seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada kebaikannya sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan membahayakan diri mereka serta orang lain.

Jika dilihat kepada kesan daripada tabiat merokok ini, ianya lebih banyak memberi kemudharatan daripada kebaikan. Islam menyuruh umatnya meningggalkan perkara-perkara yang membawa keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda bermaksud :

Dari Abi Sa ’id bin sa ’d bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Tidak ada kemudharan dan tidak boleh berbuat kemudharatan ”. (Riwayat Ibn Majah dan al-Daruqutni)

Allah SWT juga melarang hambanya makan atau minum sesuatu yang tidak halal dan tidak memberi manfaat kepada diri. Begitulah juga dengan rokok yang mana ianya boleh mengancam agama Islam itu sendiri, keselamatan, moral, ekonomi dan lain-lain kerana ianya merupakan suatu ciri kesyaitanan yang boleh menjauhkan diri kita daripada Allah SWT dan mengheret kita ke lembah kebinasaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapatdi bumi dan jan ganlah kamu mengikut langkah-langkakh syaitan; kerana sesunguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata ”.
(Surah al-Baqarah 2 :168)

Selain daripada memberikan kesan buruk kepada kesihatan, ia juga boleh meruntuhkan akhlak dan sikap seseorang terutama di kalangan para muda mudi kerana pada usia beginilah mereka mudah terpengaruh dengan amalan merokok. Contohnya, seorang remaja yang terlalu berkehendakkan rokok tetapi tidak di perolehnya, maka dia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan rokok bagi memuaskan keinginan mereka. Perkara-perkara sebeginilah yang menyebabkan berlakunya pelbagai kes-kes disiplin dan jenayah yang kini berada pada tahap yang membimbangkan seperti mencuri, memeras ugut, ponteng sekolah, melepak, menagih dadah dan sebagainya.

Para remaja dalam konteks pelajar sekolah lebih mudah melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar etika dan peraturan. Hal ini kerana pada usia ini, mereka lebih suka untuk melakukan apa sahaja kerana didorong oleh perasaan ingin tahu, bebas tanpa sebarang halangan dan kongkongan daripada mana-¬mana pihak seperti ibu bapa dan pihak sekolah. Pada usia ini juga, mereka mudah terpengaruh dengan amalan-amalan negatif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan remaja kerana terikut-ikut dengan trend masa kini dan juga pengaruh rakan sebaya. Seperti kebiasaan orang mengatakan “Apa yang ditegah itulah yang suka dilakukan”. Contohnya. Amalan merokok di kalangan remaja sekolah yang telah menjadi trend dan kebiasaan di era globalisasi ini.

Pada masa kini, amalan merokok di kalangan pelajar sekolah begitu membimbangkan. Pada bulan April 2003, Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohammed telah melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Dalam lawatan mengejut tersebut, beliau telah mendapati banyak puntung rokok di bawah katil dan meja pelajar di asrama pelajar sekolah tersebut. (Harian Metro, 29 Ogos 2003:16).

Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang terbabit seperti pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ianya masih tetap berlaku. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah menjadikan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.

Dalam surat pekeliling iktisas Bil 5/1997 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri menyatakan bahawa semua premis sekolah sama ada di kawasan terbuka atau di dalam bilik atau di tempat terselindung adalah termasuk dalam kawasan larangan merokok. Yang menjadi persoalannya ialah sejauh manakah peraturan ini dilaksanakan dan memberi kesan positif dalam masalah merokok di kalangan pelajar ?


Y.B Datuk Mohd Ali Rustam, bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di dalam teks ucapan perasmian sempena pelancaran Minggu Tanpa Tembakau Kebangsaan 1999 mengatakan bahawa kadar merokok di kalangan remaja (18 tahun ke bawah) secara keseluruhannya pada tahun 1996 ialah sebanyak 16.7%. Kadar merokok di kalangan remaja lelaki ialah 3 0.7% manakala pelajar perempuan pula ialah 4.8%. Menurut beliau lagi, satu soal selidik telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di Selayang pada Mac 1999. Soal selidik itu menunjukkan kadar merokok secara keseluruhan pelajar sekolah menengah berkenaan ialah 18.2%. Kadar merokok di kalangan pelajar lelaki ialah 29% manakala di kalangan pelajar perempuan ialah 7%. Berlaku peningkatan kadar merokok di kalangan remaja lelaki pada tahun 1996 iaitu sebanyak 30.7% berbanding pada tahun 1986. Manakala peningkatan pada remaja perempuan pula ialah sebanyak 4.8% pada tahun 1996 berbanding pada tahun 1986.

Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan terus meningkat dari setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini pula, ianya banyak memberi kesan sama ada kepada diri dan keperibadian pelajar itu sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya, penagihan dadah bermula dari merokok.

Selain daripada itu, merokok juga boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang membahayakan seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah dan sebagainya. Menurut kajian doktor, orang yang kuat merokok akan mati lebih cepat daripada orang yang tidak merokok. Di dalam buku Rokok dan Keharamannya, Terjemahan ‘Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (199,1), Doktor Hajar b. Ahmad ada menyatakan bahawa perokok itu umurnya akan hilang atau berkurang dari 8 hingga 12 tahun.

Di samping itu, ‘Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (1995, 40) menyatakan bahawa merokok juga boleh menjejaskan akal (mental) manusia dan proses kematangannya. Dengan kata lain, ianya merosakkan kecerdasan (kecerdikan) dan perkembangan akal menuju kematangan dan kesempurnaannya (sebagai makhluk yang boleh berfikir) serta melemahkan daya ingatan seseorang. Rasulullah SAW
bersabda di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Ummu Salamah bermaksud :
“Rasulullah SAW melarang (umat Islam) menggunakan setiap yang memabukkan (memeningkan) dan yang melemahkan (tubuh dan fikiran) ”.
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud juga As-Sayuti)

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Masalah disiplin seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah, merokok dan sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Merokok misalnya, walaupun ianya nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akan memberi kesan negatif yang besar. Masalah penagihan dadah adalah berpunca daripada kecenderungan merokok. Pada peringkat awal mereka berjinak-jinak dengan menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak dengan masalah penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok. Untuk membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang boleh dikatakan menjadi trend masa kini.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:
1.4.1 Mengenalpasti adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah untuk merokok.
1.4.2 Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana pengaruh rakan sebaya
1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada beberapa persoalan penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan tersebut adalah :
1.5.1 Adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok?.
1.5.2 Adakah pengaruh rakan sebaya yang mendorong pelajar sekolah menengah untuk merokok?
1.5.3 Adakah diri sendiri yang menjadi faktor kecenderungan merokok di kalangan pelajar sekolah menengah ?



BAB DUA

SORORTAN KAJIAN TERDAHULU


2.1 PENGENALAN

Kajian mengenai masalah sosial pelajar setakat ini belum begitu meluas. Namun tinjauan penulis mendapati ada beberapa penyelidik yang membuat kajian mengenai masalah ini. Antaranya ialah Azizah Lebai Nordin yang membuat kajian mengenai masalah disiplin di kalangan remaja. Beliau menyentuh tentang faktor-faktor penyumbang kepada masalah tersebut dan akibat masalah disiplin pelajar. Pengkaji lain yang meninjau mengenai disiplin pelajar ialah Salmah binti Hussin. Beliau didapati telah menjelaskan tentang pelbagai jenis disiplin yang terdapat di sekolah. Manakala Zool Hilmi Hj. Suhaimi membuat kajian tentang gejala sosial remaja dan penyelesaiannya. Beliau membuat perbandingan antara remaja dahulu dan kini. Parthiban a/l Sinnapan pula menyelidik mengenai vandalisme, gengsterisme dan salah laku pelajar. Beliau mengulas mengenai punca salah laku remaja. Sementara Ragunathan a/l Ayyavoo menghubungkan antara masalah disiplin dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian-kajian di atas banyak membantu penulis dalam penyelidikan ini.



2.2 FAKTOR DIRI SENDIRI

Ada pendapat yang mengatakan pelajar sekolah terutama yang berada di peringkat remaja mengalami pelbagai krisis seperti mengalami perubahan fizikal dan emosi serta mencari identiti diri. Masa peralihan antara alam kanak-kanak dan alam dewasa ini merupakan suatu zaman yang penuh dengan keributan dan tekanan; di mana mereka pada masa yang sama perlu menyesuaikan diri dari segi hubungannya dengan orang dewasa, memenuhi harapan masyarakat sekitarnya dan juga ketidakupayaan untuk melihat realiti. Hal ini jelas di kalangan pelajar terutama pelajar sekolah menengah atau matrikulasi; di mana mereka keliru dan tidak memahami peranan diri serta tanggungjawab mereka dalam memenuhi harapan keluarga dan masyarakat. Pendapat ini disokong oleh Laporan Pembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2001 yang menjelaskan bahawa umur antara 16 hingga 18 tahun merupakan satu tahap kritikal dalam hidup manusia di mana berlaku tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat ini seseorang itu mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk mencari gaya penampilan tersendiri.

Di sini boleh difahami bahawa ‘keremajaan’ menjadi salah satu faktor penglibatan pelajar dengan masalah disiplin atau gejala sosial. Kemungkinan mereka merasa bahawa mereka telah dewasa dan sudah boleh membuat keputusan sendiri. Hal ini menyebabkan keputusan yang diambil tidak tepat. Mereka sebenarnya masih belum cukup ilmu dan kurang pengalaman. Oleh itu mereka perlukan bimbangan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa. Inilah yang dimaksudkan dalam laporan kajian Azizah binti Lebai Nordin (2002) sebagai ‘faktor diri pelajar sendiri’.

2.3 FAKTOR KELUARGA

Di samping itu terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pelajar terjerumus ke dalam gejala sosial. Hasil kajian Azizah Lebai Nordin menunjukkan terdapat banyak faktor penyumbang kepada masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya. Beliau menyokong
pendapatnya dengan laporan kabinet 1979 yang menyebut bahawa disiplin seorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan masyarakat sekeliling juga mempunyai pengaruh terhadap disiplin seseorang murid. Masyarakat sekeliling dan persekitaran murid-murid di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam pembentukan disiplin murid-murid.

Menurut Azizah tiap-tiap pengkaji memberi penekanan yang berbeza. Ada yang mengaitkan faktor keluarga, sekolah dan masyarakat (Rumberger,1999), rakan sebaya dan media massa (Zuraidah Garif, 1990), faktor guru dan rakan sebaya (Saraswathy), sikap guru yang negatif dan saiz sekolah yang besar (Ghazali Osman, 1983), Persekitaran sekolah atau guru, kegagalan dalam pelajaran akademik dan rakan sebaya (Thi, 1994). Selain daripada faktor di atas kerisauan yang berkaitan dengan perkembangan atau perhubungan cinta juga mempengaruhi pelajar melakukan salah laku (Galloway, 1985). Itulah antara faktor masalah sosial pelajar menurut Azizah.

Wan Norasiah Wan Ismail sependapat dengan Azizah dari segi ibu bapa juga sebagai penyebab masalah sosial remaja. Hasil kajiannya menunjukkan tidak banyak terdapat komunikasi di antara golongan remaja dan ibu bapa mereka. Ramai remaja mengatakan mereka tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa terutamanya yang bersifat peribadi. Komunikasi dengan ibu bapa lebih bersifat formal dan rigid. Ini mungkin kerana anak-anak remaja tidak suka dikawal. Mereka tidak suka ibu bapa mengarah mereka dalam semua perkara. Sebab itu ada ulama’ yang mengesyorkan supaya ibu bapa bergaul dengan anak-anak di peringkat ini sebagai ‘sahabat’ untuk cuba menyelami pandangan dan masalah mereka. Dengan ini mereka tidak perlu lagi menjadikan kawan sebagai penasihat yang mungkin menjerumuskan mereka ke dalam pelbagai masalah.

Kajian Wan Asiah juga mendapati pengabaian dari sudut kasih sayang dan kurangnya komunikasi yang berkesan antara remaja dan ibu bapa adalah punca utama gejala sosial. Anak-anak remaja dianggap sudah matang untuk berfikir dan dilepaskan untuk bertindak mengikut kehendak hati mereka tanpa pengawasan dan pengawalan keluarga. Ditambah pula dengan kesibukan ibu bapa bekerja dari pagi sampai ke petang menyebabkan masa untuk bersama anak-anak amat terhad.

Pengkaji mendapati ramai di kalangan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan memberitahu bahawa mereka bekerja untuk kepentingan anak-anak. Mereka mencari wang untuk memenuhi kepentingan anak-anak seperti makan minum, pakaian, belanja sekolah dan lain-lain lagi. Ibu bapa bekerja keras, memeras keringat atau otak supaya keperluan anak-anak dapat dipenuhi. Oleh itu anak-anak diharapkan memahami pengorbanan ibu bapa. Anak-anak yang memahami pengorbanan ibu bapa tidak akan merasa ibu dan ayah mengabaikan mereka. Sebaliknya merasa disayangi kerana kedua ibu bapa sanggup bersusah payah demi kesenangan mereka. Bagaimanapun jarang anak-anak yang faham sumbangan ibu bapa.

Ada yang menganggap usaha dan susah payah ibu bapa sebagai kewajipan mereka terhadap anak-anak. Jadi kasih sayang ibu bapa sukar difahami melalui pengorbanan yang diberikan. Tambahan pula orang Melayu biasanya sukar untuk mengungkapkan perasaan sayang terhadap anak-anak, meskipun mereka menyedari bahawa anak-anak perlukan kasih sayang.

2.4 FAKTOR RAKAN SEBAYA

Kajian Wan Norasiah juga menyokong dapatan Azizah bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga antara faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan rakan sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga.

Sekiranya ibu bapa dan keluarga tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya, remaja akan berkecenderungan mencurahkan masalah yang dihadapi kepada rakan sebaya dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pakar rujuk dalam membuat sesuatu keputusan. Kajian beliau juga menunjukkan pengabaian penekanan kepada pendidikan agama serta contoh perilaku negatif daripada ahli keluarga juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk melakukan salah laku akhlak.





















BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang menyentuh mengenai reka bentuk kajian, proses pemilihan peserta kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, prosedur menganalisis data serta kesahan dan kebolehpercayaan.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan proses pengutipan data dilakukan melalui teknik temu bual. Dalam kajian ini, temu bual adalah satu-satunya cara yang telah digunakan untuk proses pengutipan data bagi menentukan faktor-faktor amalan merokok di kalangan pelajar. Patton (1987) menerangkan bahawa kajian kualitatif dengan teknik temu bual mampu memberikan satu kerangka kerja di mana responden dapat meluahkan pemahaman serta pengetahuan mereka mengikut cara mereka sendiri. Kaedah kualitatif juga membantu peserta kajian menjelaskan sesuatu perkara atau situasi dari sudut pandangan mereka sendiri (Colby & Kohlberg et al., 1987).

Tambahan pula, Merriam (1998) menerangkan bahawa pengkaji kualitatif lebih berminat dalam memahami makna yang ingin disampaikan oleh peserta dan menjelaskan hasil dapatan kajian kualitatif adalah sangat kaya dengan maklumat diskriptif. Maklumat yang diperoleh melalui kaedah temu bual telah direkod, ditranskripsikan dan diserah kepada peserta kajian yang bertindak sebagai ‘second rater’ bagi tujuan pengesahan. “Interrater realibility” juga dilakukan terhadap kategori orientasi moral yang telah ditentukan. Langkah ini dilakukan dengan penyemakan semula protokol temu bual oleh penyelia dan pensyarah yang pakar dalam bidang pengkategorian orientasi moral.

Selain itu, data juga diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui kaedah pepemrhatian, data diperolehi hasil daripada pemerhatian tentang bagaimana ‘body language’ yang ditunjukkan oleh respon kajian. Disamping itu, nada komunikasi yang digunakan juga dapat mentafsirkan pelbagai maksud. Manakala pemerolehan data melalui analisisdokumen pula bermaksud data-data dikumpulkan melalui rekod-rekod yang diperolehi daripada guru-guru disiplin dan guru kaunseling sekolah. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan untuk menganalisis data bagi kajian kualitatif ini.

3.3 TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di SMK Beris Panchor, Bachok, Kelantan. Lokasi ini dipilih kerana pengkaji merupakan guru di sekolah berkenaan dan ini memudahkan pengkaji untuk mendapat respon dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan pihak pentadbir, oleh kerana sekolah ini merupakan sekolah tempat pengkaji mengajar, ia telah memudahkan urusan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian.

3.4 SAMPEL KAJIAN

Bagi tujuan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada seorang pelajar tingkatan 1 yang disenaraikan sebagai pelajar merokok dan direkodkan oleh badan disiplin sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling. Pelajar ini dipilih kerana dia adalah pelajar bagi pengkaji. Rasionalnya sampel ini akan dapat member kerjasama yang baik dengan member maklumat yang dikehendaki dengan jujur. Dia juga bersetuju dan relahati untuk dijadikan sampel oleh pengkaji. Sampel ini baru saja ditangkap kerana mambawa rokok di sekolah dan dari segi fizikal dia Nampak kurang terurus.

3.5 KUTIPAN DATA

Bagi kajian ini data dikutip melalui kaedah temubual dengan responden selama lebih kurang 45 minit dan dirakamkan dengan menggunakan kamera video.. Temubual ini dijalankan dibilik khas di bilik PPDa sekolah dalam keadaan selesa dan jauh dari gangguan pelajar lain. Responden akan ditanya pelbagai soalan yang berkaitan dengan merokok berdasarkan soalan terbuka. Kaedah temubual ini digunakan kerana pengkaji merasakan temubual sahajalah pengkaji dapat mendekati responden dan mendapatkan maklumat yang tidak boleh membaca dan kurang baik untuk menulis.

Disamping itu pengkaji juga dapat melihat secara jelas ekspresi muka , intonasi suara dan memek muka responden yang mana semua ini dapat menjelaskan apa yang disampaikan oleh responden.


3.6 DATA ANALISIS

Video rakaman temubual akan dimainkan semula, untuk membuat proses penulisan transkip. Selepas itu, maklumat ini akan dikoding mengikut isi penting yang dinyatakan oleh responden. Seterusnya, pengkaji akan memecahkan pula kepada beberapa tema yang berkaitan berdasarkan persoalan kajian yang dibuat. Akhirnya setelah dipecahkan, bolehlah dianalisis bagi setiap tema yang dibuat dan dikukuhkan pula oleh kajian lepas yang berkaitan. Bagi emastikan kesahan dan keboleh percayaan, semua data yang diperolehi dikembalikan semula kepada responden untuk menyemak semula maklumat yang di berikan.













BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membentangkan hasil kajian yang telah diperolehi dan di analisis data-data yang telah diterjemahkan dan diusun mengikut tema-tema tertentu. Tema-tema ini pula ditentukan berdasarkan persoalan kajin yang dibuat. Bagi kajian tentang Amalan Merokok Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah beberapa tema telah diperolehi. Antara tema-tema itu iaalah Kategori keluarga, Rakan Sebaya dan Diri Sendiri.

4.2 TEMA KELUARGA

Tema ini dipilih kerana adalah yang paling dekat dengan pelajar dan sepatutnya berada lama bersama dengan anak mereka. Oleh itu ibubapa mereka adalah idola atau contoh kepada pelajar. Segala kelakuan ibubapa mereka akan menjadi ikutan. Hasil daripada temubual dengan pengkaji didapati ramai keluarga pelajar ini adalah perokok dan pernah merokok. Antara buktinya ialah beliau telah berkata… “Dok doh lloni, dulu hisap”, iaitu merujuk kepada bapanya yang dulunya adalah perokok. Manakala “Ada, Pak Sedara”….dan… “Erm, Pak Sedara kebanyakkannya hisap rokok” membuktikan bahawa beliau telah biasa dengan orang yang merokok dan di kelilingi oleh keluarga yang merokok. Begitu juga dengan pendedahan beliau bahawa adiknya yang baru darjah lima telah mengikut jejaknya sebagai seorang perokok iaitu bila dia darjah lima”.

Hubungan keluarga yang kurang erat juga boleh menyebabkan gejala ini berlaku, ia berlaku terhadap responden apabila dia memberitahu “tengahari, jumpa ayah” iaitu beliau hanya berjumpa dengan ayah sekejap saja wak tu tengahari oelh kerana kesibukan ayahnya bekerja. Disamping itu juga dia tidak pernah dibawa berjalan-jalan bersama, ini dibuktikan dengan kata-katanya “ Dok rajin gi jalan-jalan dengan ayah man-mana”. Hubungan rengang ini member ruang kepada pelajar ini membuat sesuatu yang tidak berfaedah kerana kasih ayang dari keluarga tidak ditunjukkan. Oleh sebab itu beliau hanya boleh berurusan dengan Mak nya sahaja, bila dia berkata” Mak, tak rapat dengan ayah” bila di soal dengan siapa di rapat.

Pelajar akan rasa tidak dipedulikan atau diabaikan, menyebabkan ia mencari alternative lain. Ini dibuktikan dengan kata-kata responden “Dok royak gapo keburukan merokok” kerana ibubapanya tahu dia merokok tetapi tidak menasihati dan ambil berat dengan emberitahu keburukan merokok. Begitu juga sebelu pergi ke sekolah, beliau pergi ke sekolah sebelum bapanya bangun dari tidur, “ Dia tidur lagi” bila ditanya bagaimana dia berkesempatan merokok di waktu pagi.

Taraf ekonomi keluarga rsponden juga mempengaruhi responden, Ayahnya seorang penjual ikan manakala ibunya tidak bekerja, bekalan duit saku yang tidak mencukupi menyebabkan beliau bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai duit yang banyak dan boleh membeli apa saja.

Responden adalah seorang yang bebas melakukan aktiviti merokok di sekitar rumahnya dan di mana-mana dengan senang. Keluarga memberi kebebasan dan diambil kesempatan oleh beliau dimana aktiviti merokok berjalan di tepi rumahnnya sahaja bersama kawannya. Ini dibuktikan dari kata-katanya “(10)Erm, hisap tepi rumah”, “(14) Dekat rumah”, “(19) Ya, mari isap dirumah saya”, “(25) masa isap rokok tu ayahTak dok”, “(29) Ya Masa mak tak dok, isap rokok”, “(30) Dok , tepi rumah” dan “(31) Jolo hari2 isap rokok”. Semua kata-kata responden itu adalah bukti bahawa beliau bebas menghisap rokok di tepi rumahnya berulang kali kerana beliau akan menghisap rokok apabila ayah dan ibunynya tiada di rumah . selain dirumah beliau juga mengjisap rokok di tempat lain tanpa rasa takut atau bersalah, ini dapat diketahui melalui kata-katanya “(55) Sekali skala isap dalam hutan”, “(56) Dok, tak jumpa orang kampong”, “(77) 6.30pagi”, “(92) Erm, lepas aktiviti, isap rokok”’ “(93) Tak tau …gi padang khian”, “(96) Erm,( isap rokok tempat tu)”, “(97) Dok bllake, pakat isap rokok belako”, “(107) Dalam tandas”. Beliau juga berani menghisap rokok di kawasan sekolah iaitu di dalam tandas.

Tindakan yang sepatutnya tidak diberikan kepada responden terutama apabila keluarganya tahu beliau merokok. Dari penceritaan beliau, hanya bapa saudaranya saja yang memarahi beliau, itupun masa terserempak beliau sedang menghisap rokok bersama kawan-kawannya. Ini dibuktikan dengan kata-katanya “(7) Ya,ayah tau”, “(8) Marah” “(9)Dia Tibai”, “(26)Dia tahu saing2 isap rokok”, “(52) Pok sedara ada sekalo, ambik anak dio sekali ngan kak, jumpangan dia , dia bagi penyepak, jagn dok isap rokok sini lah”, “(69) Gitu sokmo”, “(114) Erm, marah tak kuat”. Segala tindakan yang diambil oleh keluarganya masih lagi tidak berkesan kerana beliau masih lagi meneruskan amalannya.

Kasih sayang tidak ditunjukkan oelh keluarga responden, Dimana keluarganya tidak bertanyakan berkaitan pelajrannya. Responden juga sukar untuk mendapat duit poket apabila diminta, bukan sentiasa dapat ini jelas dari kata-katanya “(68) Ado ketikanya dia tak bagi”.

4.3 TEMA RAKAN SEBAYA

Tema ini dipilih berdasarkan analisis daripada maklumat responden yang ditemubual. Faktor rakan sebaya ini memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi amalan merokok dikalangan pelajar sekolah. Hasil dapatan daripada temubual yang dijalankan ketas responden, banyak membuktikan yang mereka merokok kerana pengaruh rakan sebaya.

Dari temubual dengan responden, jelas kepada kita bahawa beliau menghabiskan masa banyak bersama rakan-rakannya. Setiap kali merokok atau melakukan aktiviti lai ia dilakukan bersama rakan-rakanya.Ini dapat di perhatikan dari jawapan yang diberikan, “(15) Dengan saing,” “(35) Erm, saing tingkatan 1 juga”, “(51) Saing tu lor,. Balik sekoloh”, “(108) Bbagi dengan saing”. Jelas kepada kita bahawa hubungan antara responden dengan rakan-rakannya adalah sangat rapat. Ini yang menyebabkan beliau terpengaruh dengan rakan sebaya.
Bila ditanya kenapa beliau merokok, beliau tanpa berselindung mengatakan rakannya yang pelawa. Sukar bagi beliau jika tidak mengikut cara kumpulan mereka. Ini dibuktikan melalui katanya “(22) erm, saing ajak” , “(117) Geng ajokk sokmo”.

Beliau tidak menhadapi masalah untyuk mendapatkan bekalan rokok kerana kawan-kawannya adalah pembekal percuma. Walaupun beliau tidak berduit, tapi rakannya sentiasa membekalkan secara percuma mengikut keperluan. Ini dibuktikan dari kata-katanya,” (11) Ya erm takrajin beli sendiri,saing beli,” “(32) Saing wi, rumah dia jual rokok,” “(33) Ambik 2 3 bungkus”, “(34) Ya bagi ke saing2”, “(36) Erm Sedaplah isap rokok hok free” “(37) Dok beli”, “(38) Dok duit dia”, “(47) Toksir, saing bui sokmo”, “(60) Ho erm loni dia wi sokmo” , “(62) Dia ado pitih sokmo”, “(72) Dok seputung sore” , “(101) Dok, hok tu bbeli sebungkus sekalo”, “(102) Erm, Dua orang hok beli ado pitih banyok”, (103) Erm, ..beli lain”. Beliau tidak pernah belia dengan duit sendiri, Cuma beliau yang akan pergi membeli rokok. Oleh kerana beliau tidak brduit, senanglah beliau jadi orang suruhan diantara kawannya yang alain. Bekalan rokok sentiasa ada keran a ada antara kawan beliau yang sentiasa ada duit.

Responden akan rasa selesa berada bersama rakan mereka, dan ia menjadi serasi kerana beliau boleh mengikut rentak rakan-rakannya. Beliau mengatakan bahawa beliau suka berkawan dengan rakan-rakan mereka bila beliau berkata, “(124) Erm suka saing ngan dia”. Beliau akan bersama rakan apabila ada kesempatan. Satu lagi sifat responden ialah mudah mendapat kawan terutama sekali jika mempunyai kegemaran yang sama. Beliau boleh melakukan aktiviti bersama walaupun tidak mengenali secara dekat, ini dapat diketahui apabila responden menjawab,” (110) Dok eh, saing saing”,apabila ditanya samada semuanya kawan atau tidak yang merokok bersama dari tingkatan yang berlainan.

Kebanyakan rakan-rakannya terdiri daripada rakan lamanya semasa di sekolah kebangsaan lagi, merek sudah lama berkawan rapat, dan apabila terlibat dengan rokok mereka terlibat semuanya kerana sentiasa ada bersama-sama setiap masa lapang. Mereka berkumpul dalam kumpulan 3 hingga 8 orang pada satu-satu masa. Ini dapat dibuktikan dengan kata-katanya, “(16) Dengan saing Masa jah 6”, “(18) Saing jauh2”, “(61) Dok..ramai saing”, “(73) Erm Saing isap rokok belako”, “(95) Ramai” “(99) 8 orang”, “(100) 3 orang”, “(109) Ada ting2, 3”. Semua rakan-rakannya menghisap rokok.

4.4 TEMA DIRI SENDIRI

Faktor diri sendiri juga memainkan pearana besar yang menyebabkan responden terlibat dengan aktiviti merokok. Hasil dari pergaulan dengan rakan sebaya yang merokok menyebabkan beliau menggagap merokok memberi kepuasan kepada mereka yang merokok, melihat rakan beliau seronok menyebabkan beliau ingin mencuba, ini dibuktikan dari jawapannya, “(23) ha ya nampok sedap”, “(59) Nak try”.


Responden yang sentiasa bebas tanpa kawalan keluarga sentiasa bersama kawan sepanjang masa untuk melakukan perkara yang beliau suka buat, seperti mandi sungai, main basikal, main bola dan lain lain lagi. Setiap kali melakukan aktiviti ia disulami dengan aktiviti merokok. Ini boleh dirumuskan dari jawapan beliau bila disoal, antaranya,” (21) ya saja nak isap jah”, “(24) Tau…khayal”, “(27) Ngan saing2”, “(28) Tau, tali air, mandi sungai” , “(82) Main bola”, “(86) Buleh main bola”, “(91) Lepas locat basikal”’ “(94) Orang kat rumah ajok”, “( 121 )Tau …Suka”. Aktiviti merokok yang berterusan menyebabkan responden menjadi ketagih dan sentiasa mencari peluang untuk bersama rakan supaya dapat merokok.

Sikap responden yang tidak ambil kisah terhadap sesuatu, seperti kesan akibat merokok walaupun beliau tahu bahawa rokok itu membahayakan kesihatan. Daripada jawapan beliau pengkaji dapati beliau jenis tidak ambil peduli, sepertin katanya,” 13) Tak tau”. “(39) Tahu”, “(40) Rajin dengar orang royak rokok ini bahaya”, “(41) Mak royak”, “(42) Sepupu”, “(43) Ada Dalam tV”, “(44) Tunjuk mulut buruk, mata takdok”, “(45) Erm tau kesan rokok”, “(48) Ya Kalu saing bui ambiklah”.

Responden juga tidak ambil kisah walaupun pernah ditegur atau dinasihatkan supaya tidak merokok, walaupun pernah bapa saudaranya menyepak beliau semasa menghisap rook,” 54) Ya jumpa ngan dia nya sepak ko diolah”.
Penglibatan belaiau dalam aktiviti merokok bukanlah dipaksa oleh rakan tetapi dia sendiri yang ingin mencuba, dia tidak menyesal berkawan dengan kawan-kawannya malah tidak mahu berhenti dari kegiatan merokok. Ini rumusan dari kata-katnya,” (57) Dok rajin pakso”, “(58) Dok…erm saja nak isap”, “(115) Tak tau nak bereti ke tidak”, “(116) Tak tau”, “(117) Dok tak lari pada saing”, “(118) Erm Takleh bereti”, “(120) Tok sir”, “(123) Dok nyesal saing”. Dari kata-katanya ini, bermakna responden tidak boleh dipisahkan dengan rakan dan rokok. Beliau sudah hanyut dalam keseronokan berkawan dan ketagihan rokok. Responden tidak memikirkan kesan keapada diri sendiri walaupun kesannya sudah mula kelihatan seperti batuk-batuk sepanjang sesi soal jawab, responden tidak ambil peduli kesihatan beliau, ini dibuktikan dari kata-katanya,” (122) Dok tak rajin jumpa doctor”. Beliau juga tidak kisah terhadap tindakan yang bakal dikenakan sekiranya tertangkap oleh pihak sekolah kerana memabawa dan menghisap rokok di sekolah, melalui kata-katanya,” (104) Hok saing”, “(105) Tau nak nyoho ada rokok”, “(106) Ada sekali isap di skoloh”. Beliau mengambil risiko akan dikenakan tindakan sekiranya tertangkap, malah rokok yang dikatakan kawannya yang suru pegang itu dia menunjukkan kepada pelajar lain dengan perasaan bangga.

Dari segi didikan agama pula, responden tidak diberi penekanan oleh keluarga, sikap responden yang sambil lewa terhadap aktiviti agama menyebabkan beliau hanya jarang-jarang bersembahyang. Dari kata-katanya,” (64) Erm, semayang jarang2 jah”.

Sikap responden yang tidak ambil peduli kepada nasihat, menyebabkan beliau ketagihan rokok, beliau akan merokok setiap hari. Bermula awal pagi sehinggalah lewat petang disikan dengan aktiviti yang mengasyikkan dan merokok. Ini dirumuskan dari kata-katanya,” (49) Ketagih”, “(50) Masa balik sekoloh”, “(75) 3 batang”, “(76) Pagi sebatang”, “(80) 5.40..6.30”, “(81) Erm Lepas main bola isap rokok”, “(83) Tau kadang 4”, “(89) Sekali sekala 5 batang”, “(90) Tagih”, “(111) 3 batang”. Beliau akan merokok sekurang-kuaranya 3 batang sehari iaitu pagi, tengahari dan petang, dan ia menjadi smakin baying sehingga 5 batang sekiranya adal peluang merokok setiap kali membuat aktivi bermain beliau.

Sikap responden yang tidak mempunyai kesedaran dan ambil iktibar dari apa yang berlaku menyebabkan beliau tidak berubah dan tidak mahu berubah.













BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 PENGENALAN

Bahagian bab 5 ini adlah terdiri daripada perbincangan, rumusan dan cadangan kajian. Dapatan kajian yang didapati dalam bab 4 akan dibincangkan dalam bab ini berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1. Akhirnya cadangan dikemukakan untuk tujuan kajian lanjutan pada masa akan dating.

5.2 ADAKAH FAKTOR KELUARGA YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MEROKOK?

Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor keluarga memang mendorong pelajar merokok. Kesibukan ibubapa mencari nafkah menyebabkan perhubungan mereka menjadi renggang. Keluarga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak supaya tidak terdedah kepada anasir luar. Pengabaian dari segi kasih sayang menyebabkan anak-anak mencari alternative lain untuk mengisi kekosongan jiwa mereka, lantas mereka cari orang lain yang boleh mendengar masalah mereka dan berkonsi masalah. Keluarga yang tidak mengambila tahu pergerakan harian anak-anak menyebabkan anak-anak bebas melakukan aktiviti yang tidak seharusnya. Keluarga tidak melarang atau member ansihat yang berguna sebagai panduan untuk anak-anak mereka menyebabkan mereka mudah terjebak kerana tiada garis panduan daripada keluaraga.

Kajian Wan Asiah( 2003 ) juga mendapati pengabaian dari sudut kasih sayang dan kurangnya komunikasi yang berkesan antara remaja dan ibu bapa adalah punca utama gejala sosial. Anak-anak remaja dianggap sudah matang untuk berfikir dan dilepaskan untuk bertindak mengikut kehendak hati mereka tanpa pengawasan dan pengawalan keluarga.

5.3 ADAKAH FAKTOR PENGARUH RAKAN SEBAYA YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH UNTUK MEROKOK?

Hasil kajian yang dibuat terbukti yang pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang besar dalam amalan menghisap rokok di kalangan pelajar. Berkawan dengan rakan sebaya yang mempunyai masalah iaitu sebagai ringkasnya tidak pandai memilih kawan menyebabkan mereka hanyut bersama dalam keseronokan. Mereka akan rasa bebas dan yakin melakukan sesuatu dalam kelompok yang ramai tanpa rasa takut atau bimbang. Mereka akan membrontak jika ditegur, dan mereka rasa senang apabila berada didalam kelompok mereka.

Azizah( 2002) mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga antara faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan rakan sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga.


5.4 ADAKAH FAKTOR DIRI SENDIRI YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MEROKOK?

Sikap pelajar sendiri adalah faktor utama yang mendorong mereka terlibat dengan merokok. Mereka tidak membina tembok untuk memisahkan dari gejala negative menyebabkan mereka mudah terjebak dalam aktiviti kurang sihat seperti merokok. Jika diri mereka mempunyai perisai pertahanan yang boleh menahan godaan dari gejalan negative nescaya mereka selamat. Sikap mereka yang sentias ingin tahu dan mencuba tanpa memikirkan baik buruk menyebabkan mereka terjebak. Mereka tidak pandai memilih kawan yang boleh membawa kebaikan diri mereka. Sikap mereka yang tidak acuh kepada nasihat orang yang lebih tua menyebabkan mereka hanyut tanpa haluan.

Laporan Pembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2001 yang menjelaskan bahawa umur antara 16 hingga 18 tahun ( remaja )merupakan satu tahap kritikal dalam hidup manusia di mana berlaku tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat ini seseorang itu mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk mencari gaya penampilan tersendiri.


5.6 CADANGAN KAJIAN
Kajian ini yang bertujuan untuk mementukan faktor yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok supaya sesuatu langkah dan tindakan boleh diambil untuk mengatasi atau mencegahnya daripada terus berkembang. Gejala ini kalau dibiarkan ia akan menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah, masyarakat dan Negara. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan penagih dadah adalah berpunca dari amalan merokok diperingkat remaja.

Kajian seperti ini perlu dijalankan keatas sampel yang lebih besar agar mendapat input yang lebih baik dan berkesan. Seharusnya kajian ini juga berterusan keatas sampel yang sama supaya dapat melihat perkembangannya sebagai pedoman kepada semua. Mungkin akan berlaku perubahan apabila mereka meningkat umur kematangannya.
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapatdilanjtkan. Begitu juga hasil kajian ini dapat member cadangan kepada pihak sekolah agar :
1. Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan lagi supaya pelajar merasakan merokok adalah satu perbuatan yang hina dan keji yang merosakkan diri sendiri.
2. Hubungan sekolah dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat suapay dapat berganding bahu membanteras amalan merokok ini dari teru menjadi penyakit dalam masyarakat.
3. Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai atau yang terjebak akan merasakan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.

5.7 KESIMPULAN

Daripada kajian yang dijalankan, saya telah mendapat maklumat tentang amalan merokok dikalangan pelajar sekolah yang disebabkan oleh faktor diri sendiri, keluarga dan rakan sebaya. Dengan dapatan ini diharapkan ia boleh menjadi panduan kepada pihak sekolah terutamanya kaunselor untuk membasimi amalan yang kurang baik ini. Diharapkan kajian ini member manfaat kepada pihak sekolah, keluarga, masyarakat dan Negara.


6.0 KESIMPULAN
Kegiatan merokok di kalangan remaja merupakan masalah serius yang wujud di semua tempat tidak kira di sekolah, rumah atau di mana-mana. Amalan ini berkait rapat dengan perkembangan masalah social dan jenayah dalam Negara. Jika perkara akar umbi ini tidak dibanteras segera, dibimbangi suatu hari nanti ia menjadi barah yang tidak dapat diuabati lagi. Jika perkara ini berlaku ia bukan sahaja memeberi kesan kepada diri pelajar itu sahaja tetapi ia menjejas kan semua. Negara akan menjadi mundur kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai dalam keseronokan berpanjangan tanpa melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Negara lain.

Peranan guru kaunseling disekolah harus digunakan secara optimIa tidak boleh diabiarkan sehingga sudah jadi sebati dalam diri pelajar kerana buruk akibatnya nanti. Mencegah adalah lebih bai dari merawat, oleh itu ia harus dimulakan sgera tanpa perlu digerakkan oleh pihak atasan. Inisiatif setiap orang perlu supaya perkara ini tidak menjadi lebih serius.

Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah ini bersama-sama. Semoga suatu hari nanti Negara kita akan menjadi contoh sebagai sebuah Negara yang sihat tanpa rokok.



















7.0 RUJUKAN

Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph. D, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Noresah bini Baharom (1996), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 863.

Pathiban a/l Sinapan (2002), Vandalisme, Gangstarisme dan Salah Laku Sosial Pelajar (Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Vani Appalasami (2001), Masalah Sosial di Kalangan Remaja (Latihan Ilmiah
Jabatan Anropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya).

Wan Norasiah Wan Ismail (2003), Akhlak Remaja di Felda Ulu Belitong (Disertasi Master Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Zool Hilmi Hj. Suhaimi (1998), Gejala Sosial Remaja dan Penyelesaiannya (Latihan Ilmiah Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, Kuala Lumpur)











MD.ZAINI BIN MD.LAZIM (D 48090)
SMK BERIS PANCHOR, TAWANG,
16320 BACHOK,
KELANTAN.
NO.TEL. 012-9855174
TARIKH : 27hb. JUN, 2009
RUJUKAN : 0UM/MEI09/MZM (1)
TUAN PENGETUA,
SMK BERIS PANCHOR, TAWANG,
16320 BACHOK,
KELANTAN
Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Kajian Kes
Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa sekarang ini saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pendidikan secara sambilan di OUM, Kelantan Centre, Kota Bharu. Justeru itu, pada semester ini saya dikehendaki menyiapkan satu kajian kes berlatarkan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, maka saya perlu menemu-bual beberapa orang murid sekolah ini.
2. Saya berjanji tidak akan mengganggu masa pengajaran-pembelajaran murid tersebut, kerana saya akan menggunakan tempoh di luar waktu persekolahan. Saya juga tidak akan menggunakan sebarang peralatan sekolah dalam proses berkenaan. Apa jua dapatan hasil kajian ini, kerahsiaan maklumat responden akan diutamakan.
3. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan, didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
…………………..
(MD.ZAINI BIN MD.LAZIM)
700103036039

TEMUBUAL SAYA DENGAN PELAJAR MEROKOK

S : Mula-mula saya nak Tanya awak ada dua-dua lagi, ayah ngan mak ada lagi?
J : Ada lagi
S : Ayah kijo gapo?
J : Jual ikan
S : Mak-mak?
J : Mak tak kijo
S : Adik beradik berapa orang?
J : 7 orang
S : Anak yang ke berapa
J : Yang ke 3
S : Ayah awakhisap rokok ked ok
J : Dok,dokdoh loni
S : Dok doh loni,dulu hisap
J : Ya
S : Bila dia hisap
J : Lamodoh
S : Masa awak kelas 6 dia hisap lagi
J : Ya
S : Pah dio brereti bakpo
J : Masa tingkatan satu
S : Masa awak tingkata satu dia bereti,dia sakitkah
J : Tidak sakit
S : Sajo dia bereti,ke bakpo dia bereti
J : Tak tau
S : Awak yang ke 3,abe awak hisap rokokdak
J : Dok ada kakak
S : Dua-dua kak
J : Ha,ya
S : Keluarga awok sapo lagi isap rokok, pak sedara ko,ada pok sedara hisap rokok
J : Ada, pak sedara
S : Tok-tok
J : Mati dah
S : Mati dah,pok sedara kebanyakan isap rokok
J : Erm, pok sedara kebanyakan isap rokok
S : Ayah awak tau awak isap rokok
J : Ya,ayah tau
S : Dia maroh dok
J : Marah
S : Kalu dia maroh,dia marah lagu mana, dia tibai
J : Dia tibia
S : Dia tau sapo royak
J : Mak
S : Maktau saporoyak
J : Kakroyak
S : Kak pula tau mano
J : Dia tengok
S : Dia tengok, bakpo,awak isap dirumah ko
J : Erm, hisap tepi rumah
S : Awak beli ngan duait sendiri
J : Saing beli
S : Awak takrajin beli sendiri,saing beli
J : Ya erm takrajin beli sendiri,saing beli
S : Mak pak dia rajin nasihat ke jangan isaprokok
J : Erm
S : Dia royakko gapo keburukan merokok?
J : Dak royakko gapo keburukan merokok
S : Dia tak wi isaproko0k,bakpo dia tak wi
J : Tak tau
S : Mula isap rokok mana
J : Dekat rumah
S : Isap dengan sapo
J : Dengan saing
S : Dengan saung masa darjah berapa
J : Dengan saing Masa jah 6
S : Tika itu masa sekoloh ke lepas skoloh
J : Lepas skoloh
S : Mana tempat dia
J : Tepi rumah
S : Belakang rumah
J : Ya
S : Saing tu jiran ko
J : Do eh ada doktawang..
Saing jauh2
S : Dia mari isap mah awak
J : Ya, mari isap dirumah saya
S : Pah rokokdia bawak, dia paksa ko dok awak isap rokok
J : dok
S : saja awak nak isap jah
J : ya saja nak isap jah
S : bakpo nak isap rokok, nak try2 ko, rasa guano nak isap rokok, ko saing ajak..
J : erm, saing ajak
S : nak buleh ko isap rokok ni , lagu mano nampok sedap ko
J : ha ya nampok sedap
S : jadi awak nak trylah, saing2 tu dia isap lamo doh ke baru nak try dengan awak?
J : Tak tau
S : Dia isap lamo doh
J : Ya
S : Lepas isap rokok rasa guano
J : Tau…khayal
S : Khayal..pening
J : Pening
S : Isap rokok gapo
J : Rokok ushang
S : Rokok gapo tok rajin dengar, ko rokok siam
J : Masa tu ayah awak ada ko dok, masa isap rokok tu dia ada ko dok?
J : masa isap rokok tu ayahTak dok
S : Tadok tu dia gi kijo?
J : Tau dia gi makan gulai
S : Dia rajin tanyo dok kalu awak gi jalan2
J : Rajin
S : Dia kenal dok saing2 awak
J : Kenal belako
S : Dia tau dok saing2 awak isap rokok
J : Dia tahu saing2 isap rokok
S : Awak suka dok sorang ko dok ngan saing2
J : Ngan saing2
S : Balik ke rumah awak gi mana
J : Gi ngaji
S : Balik ngaji
J : Gi derat
S : Derat tempat lagu mana
J : Tau, tali air, mandi sungai
S : Kegiatan isap rokok ni masa mana, tika tu lah? isap masa mandi2 sungai?
J : Dok
S : Tika mana?
J : Tika mak tak dok gi lah
S : Masa mak tak dok isap, bukan tempat mandi sungai
J : Ya Masa mak tak dok, isap rokok
S : Ke dalam rumah
J : Dok , tepi rumah
S : Hari2 ke awak isap rokok
J : Jolo hari2 isap rokok
S : Pitih ambik mana
J : Saing bui
S : Takkan awak tak rajin beli
J : Saing wi, rumah dia jual rokok
S : Mah dia jual rokok
J : Dia ambik sebungkus, kdg2 3
S : Ambik 2 3 bungkus
J : Ha..
S : Pah tu bagi ke saing2
J : Ya bagi ke saing2
S : Mak dia tak tau ke
J : Abah dia tak layan
S : Abah dia tak layan..tak cara..
J : Ermm
S : Tingkatan 1 juga
J : Erm, saing tingkatan 1 juga
S : Sedaplah isap rokok hok free, hari2 dih
J : Erm Sedaplah isap rokok hok free
S : Kalu beli sendiri, awak beli dok
J : Dok
S : Dok beli
J : Dok beli
S : Pitih bawak sekoloh berapa
J : Serial
S : Serial, banyak tadi saya tengok
J : Pitih saing dia suruh pegang
S : Serial jah tak dok lebih
J : Erm
S : Rokok berapa sebatang
J : Rokok surya
S : Berapa sebatang
J : 40sen sebungkus 3.50
S : Awak rajin belilah, duit awak sendiri
J : Dok duit dia
S : Awak jong gi beli, orang tak Tanya ko hak sapo?
J : Dok
S : Senang awak beli dih, dia tak kata budak kecik mana boleh beli?
J : Tak
S : Awak tau tak isap rokok ni bahaya?
J : Tahu
S : Rajin dak dengar orang royak rokok ini bahaya
J : Rajin dengar orang royak rokok ini bahaya
S : Tahu mana
J : Mak royak
S : Lagih
J : Sepupu
S : Keluarga ada royak
J : Ada
S : Dalam tV?
J : Ada Dalam tV
S : Awak rajin tengok di kotak rokok dia tulis gapo di kotak rokok?
J : Tunjuk mulut buruk, mata takdok
S : Jadi awak taulah kesan rokok dok?
J : Erm tau kesan rokok
S : Lepas ni kalu ada duit sendiri, awak rasa nak beli sendiri dok, nak teruskan?
J : Toksir, saing bui sokmo
S : Kalu saing bui ambiklah?
J : Ya Kalu saing bui ambiklah
S : Lepas ni, sek sok, lepas awok kijo ada duit sendiri ko, nak isap rokok ko
J : Tau
S : Rasa tagih dok, ko dok kalu tak isap talk apa
J : Ketagih
S : Sero nak isap, maso mana nak isap
J : Masa balik sekoloh
S : Masa balik sekoloh jumpa geng sekoloh
J : Saing tu lor,. Balik sekoloh
S : Sekoloh ni jugok dia
Bawak ko dok sekoloh, letak mano
J : Tak bawak, lempar dalam rok, balik sekoloh cari
S : Balik isap rokok dulu, singgah mah awak dululah, jadi pekalan?
J : Pok sedara ada sekalo, ambik anak dio sekali ngan kak, jumpangan dia , dia bagi penyepak, jagn dok isap rokok sini lah
S : Jumpa mano?
J : Jumpa tepi rumah
S : Jumpa tepi rumah, jumpa ngan dia nya sepak ko diolah
J : Ya jumpa ngan dia nya sepak ko diolah
S : Tapi isap juga,Jadi tiap kali balik sekoloh, bereti mah awak dulu lah untuk isap rokok..hari-hari
J : Sekali skala isap dalam hutan
S : Dalam hutan pun isap, tak jumpa orang kampong?
J : Dok, tak jumpa orang kampong
S : Nusuklah..rokok sajo, go lain dok?gam ko, butir..
J : Dok rokok sajo
S : Dia tak rajin pakso awak?
J : Dok rajin pakso
S : Kalu awak tak isap taka pa?
J : Erm
S : Takut dia ad ugut, baham..dok? saja awak nak isap.
J : Dok…erm saja nak isap
S : Isap sebab apo
J : Nak try
S : Nak try suko2
J : Erm
S : Pah tu loni dia wi sokmo, kena sokmo hari2 dih?
J : Ho erm loni dia wi sokmo
S : Kalu tak jumpa ngan dia awok gi beli ko dok
J : Dok..ramai saing
S : Saing lain pulak gi beli, ada pitih dio?
J : Dia ado pitih sokmo
S : Pitih dia ambik mano?
J : Tak tau
S : Dengan keluarga, jumpa ayah masa mano
J : Tengah hari, jumpa ayah
S : Balik sekoloh jumpa ngan dio, dio ada dumah, makan sekali ngan dio?
J : Erm
S : Malam2?makan sekali dgan dia, semayang?
J : Erm, semayang jarang2 jah
S : Rajin gi jalan2 ngan ayah mano2?
J : Dok Rajin gi jalan2 ngan ayah mano2
S : Jalan tempat expo, patai, rajin dok
J : Dok
S : Ada dia tanyo ngaji lagu mana?
J : Tak Tanya
S : Sapo rajin Tanya?
J : Mak
S : Mak tanyo sokmo
J : Erm
S : Awak rapat ngan mak ke dengan ayah
J : Mak, tak rapat ngan ayah
S : Mintak pitih ngan dio
J : Erm
S : Ado rajin dia tak bui, tika tak wi
J : Ado ketikanya dia tak bagi
S : Dan nak wat beli rokok
J : Gitu sokmo
S : Dia tau awak isap rokok
J : Erm
S : Adik2 ada dak ikut awak?
J : Ada, adik isap rokok, darjah 5
S : Darjah berapa?
J : Jah 5
S : Isap jugok
J : Erm
S : Dia ikut bila lagi?
J : Darjah lima nil ah
S : Awak tak marah ke dio?
J : Tau..tak
S : Rokok sputung sore lah
J : Ho erm
S : Ko bbagi
J : Dok seputung sore
S : Saing isap rokok belako
J : Erm Saing isap rokok belako
S : Kalu ada masalah, rajin royak ko saing, awak baloh ngan keluarga ko..?
J : Tak dok,
S : Tak royak ko saing2
J : Tak
S : Tika dok ramai2, tak ajak buat lain?
J : Tak dok
S : Ajok gi lain
J : Tak dok
S : Rokok sajo?
J : Erm
S : Berapa batang sehari?
J : 3 batang
S : 3 tu sambung ko?
J : Sebatang2
S : Sebatng2 tu lagu mana?>
J : Balik sekoloh sebatang, pagi sebatang, petang sebatang.
S : Masa mana dan pagi?
J : Pagi sebatang
S : Pukul berapa?
J : 6.30pagi
S : Dia mari mah awak
J : Erm
S : Tika tu ayah awak tak dok ko
J : Dia tido lagi
S : Awal saing2 mari, pukul 6.30 sapa doh, mah awak?
J : Erm
S : Sapai sekoloh?
J : Pukul 7
S : Dan lagi pagi, pah balik sekoloh sekali?
J : Erm
S : Petang maso mana
J : 5.40..6.30
S : Lepas buat gapo
J : Main bola
S : Lepas main bola isap rokok pula
J : Erm Lepas main bola isap rokok pula
S : 3 batang tu paling banyok ko pali sikit?
J : Tau kadang 4
S : Sekala 4, ko sebungkus?
J : Dok
S : Awok tak raso, leloh, batok..
J : Sero
S : Main bola buleh?
J : Buleh main bola
S : Orang iap rokok tak leh nak hungga
J : Buleh hungga lagi
S : Awak rajin ko nasihat ko orang lain jangan isap rokok
J : Tak
S : Ko awak yang ajak orang isap rokok?
J : Dok
S : Awak larang orang, jangan isap rokok biar aku jah isap rokok?
J : Dok..
S : Awak ltak larang adik awak, ko dio besar pada awak? Awak takut ke dio?
J : Dok
S : Bakpo jjadi lebih 3 batang
J : Tau
S : Mingkin 5 ko
J : Sekali sekala 5 batang
S : Bakpo jadi banyok?bekalan mudah, banyok?Rokok banyok ko ghano?orang isap awak isap, rasa tagih ko?
J : Tagih
S : Rasa tagih?
J : Erm
S : Tika mana nak isap, tika dok sajo ko, masa main bola?
J : Lepas locat basikal
S : Lepas buat aktiviti, nak isap rokok?
J : Erm, lepas aktiviti isap rokok
S : Tika dok bual2
J : Tak tau …gi padang khian
S : Gi padang khian?
J : Orang kat rumah ajok
S : Ada gapo situ?
J : Buah durian, moktan
S : Kebun, kebun sapo tuh?
J : Tau..hak ayah dio, ayah mati dah, buleh ko dio.
S : Orang besar dah lah
J : Ha..
S : Dia ajak awak sorang ko?
J : Ramai
S : Isap rokok teka tu la ko?
J : Erm,( isap rokok tempat tu)
S : Dia tak marah, pakat isap rokok belako?
J : Dok bllake, pakat isap rokok belako
S : Dia tahu ko dok
J : Dok
S : Dia tak tau, takkan tak tau, bin pagar?
J : Erm
S : Jadi banyok tempat awak buleh isap rokok
J : Erm
S : Set2 awak jah tau
J : Erm
S : Berapa orang
J : 8 orang
S : Rapat benar
J : Sikit 3 orang
S : Hak jong beli bekalannya berapa orang
J : 3 orang
S : Mak jjual belako?
J : Dok, hok tu bbeli sebungkus sekalo
S : Sebungkus berapo riyal?tak tau?
Winsto 4.50
S : Pitih mari mano, banyok pitih
Tau..
S : Dua orang hok beli ado pitih banyok?
Erm, Dua orang hok beli ado pitih banyok
S : Dia orang kayo ko, ayah dia kijo gapo
Tak tau
S : Kalu hak sorang lagi tu dia dok kedai? ..kalu takdok dio ..beli lain?
Erm, ..beli lain
S : Tika ayah awak isap rokok tu awak rajin ambik punting rokok dia isap?
Dok
S : Tak rajin curi rokok dia?
Dok
S : Tika tu tak isap rokok lagi?
Dok
S : Tika ayah awak isap rokok, awak rajin tak gi dekat dio gi sedut asap?
Dok
S : Baru ni awak kena igat di sekoloh, bakpo awak kena igat? Aak bawa masuk dalam sekoloh?
Hok saing
S : Saing suruh pegang?sekala rajin dak bawak?
Dok rajin
S : Pahtu orang tahu tu, sapo royak?
Tak tau sapo royak, dalam kelas jugak
S : Awak tunjuk, ada orang kata awak tunjuk.
Tunjuk ko orang lain
S : Bakpo tunjuknyo?nak nyoho ada rokok
Tau nak nyoho ada rokok
S : Tak rajin isap di skoloh?
Ada sekali isap di skoloh
S : Mana
Dalam tandas
S : Dengan saing,Bbgagi ko sor sore?
Bbagi dengan saing
S : Masa mana
Lepas rehat
S : Bukan masa rehat dok?lepas rehat?
Erm
S : Ramai2 brp orang
Ada ting2, 3
S : Set2 awoklah
Dok eh, saing saing
S : Pah tu boleh bagi2
Tau
S : Berapa batang
3 batang
S : Gilir, dalam jamban tu
Erm
S : Berapa orang masuk dalam jamban? Penuh?
Erm
S : Sekali tuh?
Erm
S : Kena rotan tak baru ni?
Dok Kena rotan
S : Kena ghano
Masuk buku rekod
S : Pah raso ghano, nak wat lagi eh?
Tok sir doh
S : Tok sir di sekoloh, rrumah buat semula..
Erm. Tok sir di sekoloh, rrumah buat semula
S : Ayah tak marah
Marah
S : Tak kuat
Erm, tak kuat
S : Awak rasa nak bereti ked ok
Tak tau nak bereti ke tidak
S : Rasa boleh bereti ko dok
Tak tau
S : Bakpo tok leh
Geng ajokk sokmo
S : Dulu tak lari pada saing
Dok tak lari pada saing
S : Takleh bereti dih, tapi awak tau rokok ni bahaya dok?
Erm Takleh bereti
S : Rasa nak bereti ko dok
Tok sir
S : Suka dih
Tau …Suka
S : Rasa lagu mana khayal
Tau
S : Rokok gapo awok isap
Ushang
S : Rokok lek siam ko, berapo riyal sebungkus,
2.50, 12 batang
S : Awak batok kuat tuh,awok isap rokok lah tuh tak rajin jumpa doctor
Dok tak rajin jumpa doctor
S : Bereh doh, kalu saya nak maklumat lagi, saya tanyo pulok deh, nak tau cerita sebenar.
Erm
S : Awak ada dak nyesal saing ngan saing awok
Dok nyesal saing
S : Memang suka saing ngan dia
Erm suka saing ngan dia
S : Pah tu berehlah, terima kasih lah awak bagi kijo samo

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

5.1KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

5.2 PENGERTIAN KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.

Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.

Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains,
Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.)

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.

(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.

Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’

(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.

Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :
(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.

(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.

Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Calvin W. Taylor
(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah.

(b) Kreativiti Melalui Penghasilan
guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.

(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.

(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.

(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis.

CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.

(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.

(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.

(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.

(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.

(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian.

(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.

(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.

(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.

(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.

(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.

5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.

(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.

(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.

(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan

(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.

(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas

Monday, November 02, 2009

KOIR SMKBP Juara Bachok

Tahniah kepada pasukan koir sekolah kerana menjuarai pertandingan koir peringkat daerah bachok, insyallah kita akan berusaha untuk lebih berjaya lagi.


Clip Video juara koir 2008

Insyallah kitapun tidak mustahil dapat mencapainya suatu hari nanti

Sunday, October 25, 2009

Thursday, October 15, 2009

ALBUM PPDA

PEMANTAUAN KEBANGSAAN

Setelah bertungkus lumus, siang malam pagi petang akhirnya, tibalah masanya hari pemantauan yang akan menentukan samada berjaya atau tidak untuk muncul sebagai juara kebangsaan bagi tahun 2009. Ikutilah rentetetan peristiwa hari pemantaun..gambar menceritakan segalanya..